Jabuticaba Anggur Brazil Bentuk Wah Rasa Manis
Jaboticaba ( Eugenia Cauliflora Berg) masuk ke Indonesia sebagai Anggur Brazil karena dari bentuk buahnya mirip dengan buah anggur. Yang berbeda dari tanaman ini adalah batang dan bunganya sangat mirip dengan buah jambu biji. Daging buahnya berwarna putih diidentikkan seperti lemak kura-kura yang dalam bahasa tupi disebut "jabotim".
Jabuticaba adalah sebuah pohon unik yang mampu berbuah pada batangnya. Jabuticaba hanya tumbuh di Minas Gerais dan Sao Paulo, Brazil bahagian Selatan. Penduduk tempatan menggelarkan Jabuticaba sebagai Anggur Brazil kerana buahnya berbentuk seperti anggur, boleh dimakan segar, dapat dijadikan jem, jus, dan bahkan wine.
Sayangnya Anggur Brazil ini mudah busuk sehingga orang jarang melihatnya di pasar dalam bentuk segar, 3 hingga 4 hari selepas dituai, buah ini akan mula membusuk. Oleh kerana itu penduduk tempatan mengolahnya menjadi jem, minuman jus, dan wine.
Buah ini saat dalam bentuk bunga berwarna putih susu dan ketika masih mentah akan berwarna hijau muda, lalu ketika sudah masak berubah warna menjadi ungu tua berukuran 3 hingga 4 cm. Apabila dimakan, buah ini mempunyai rasa manis dengan isinya yang berwarna putih kenyal.
Selain dapat dimakan, buah ini juga boleh dijadikan ubat-ubatan tradisional. Caranya buah dikeringkan dibawah cahaya matahari lalu direbus. Hasil rebusannya dipercayai dapat mengubati batuk berdarah, asma, cirit-birit, dan radang gusi.
Sebuah kajian terbaru mendapati bahawa Anggur Brazil mempunyai zat antioksidan, antiradang, dan bahan khusus antikanser yang dinamakan Jaboticabin.